f ', //HTML for control, which is auto wrapped in DIV w/ ID="topcontrol" controlattrs: {offsetx:5, offsety:5}, //offset of control relative to right/ center of window corner anchorkeyword: '#top', //Enter href value of HTML anchors on the page that should also act as "Scroll Up" links state: {isvisible:false, shouldvisible:false}, scrollup:function(){ if (!this.cssfixedsupport) //if control is positioned using JavaScript this.$control.css({opacity:0}) //hide control immediately after clicking it var dest=isNaN(this.setting.scrollto)? this.setting.scrollto : parseInt(this.setting.scrollto) if (typeof dest=="string" && jQuery('#'+dest).length==1) //check element set by string exists dest=jQuery('#'+dest).offset().top else dest=0 this.$body.animate({scrollTop: dest}, this.setting.scrollduration); }, keepfixed:function(){ var $window=jQuery(window) var controlx=$window.scrollLeft() + $window.width() - this.$control.width() - this.controlattrs.offsetx var controly=$window.scrollTop() + $window.height() - this.$control.height() - this.controlattrs.offsety this.$control.css({left:controlx+'px', top:controly+'px'}) }, togglecontrol:function(){ var scrolltop=jQuery(window).scrollTop() if (!this.cssfixedsupport) this.keepfixed() this.state.shouldvisible=(scrolltop>=this.setting.startline)? true : false if (this.state.shouldvisible && !this.state.isvisible){ this.$control.stop().animate({opacity:1}, this.setting.fadeduration[0]) this.state.isvisible=true } else if (this.state.shouldvisible==false && this.state.isvisible){ this.$control.stop().animate({opacity:0}, this.setting.fadeduration[1]) this.state.isvisible=false } }, init:function(){ jQuery(document).ready(function($){ var mainobj=scrolltotop var iebrws=document.all mainobj.cssfixedsupport=!iebrws || iebrws && document.compatMode=="CSS1Compat" && window.XMLHttpRequest //not IE or IE7+ browsers in standards mode mainobj.$body=(window.opera)? (document.compatMode=="CSS1Compat"? $('html') : $('body')) : $('html,body') mainobj.$control=$('
The Webmiss
ASSALAMUALAIKUM ..
Hello Earth-lings ! The name given was Fatimah Husna. Just call me Husna. Thank you for your visit. Do follow and leave your footprint on my cbox. Be nice here and enjoy your stay :) Lullaby CLICK! Archieves » December 2012 » June 2013 » July 2013 Shout here ! No harshword :)Will follow back :) The Followers Credits Codes: ♥ ♥ Theme by: Lilaa Editor: Husna |
Psikologi : 4 jenis sikap manusia
Bismillahirrahmanirrahim..
All blogger :)
This time, nak share article yang husna dah baca dekat google tadi . Dalam dunia psikologi ada 4 jenis sikap manusia . Tapi setiap orang mesti ada kekuatan dan kelemahan dia sendiri kan? Kekuatan Husna adalah.... Suka senyum seriously! kawan yang cakap . Senyumkan sedekah . Setiap individu mesti ada satu dari empat sikap di bawah . *konfem ada punya* kehkeh .
Keperibadian yang menarik, punya sifat jenaka yang tinggi, suka menghidupkan suasana, emosional dan demonstratif, periang dan penuh semangat, serta kaya rasa ingin tahu. Dalam pekerjaan anda seorang yang kreatif, inovatif, antusiasme, sukarelawan, menjadi rujukan dan contoh semangat orang lain untuk bekerja. Sebagai seorang teman, mudah bergaul, mencintai orang lain, suka dipuji dan menyenangkan. Suka kegiatan spontan, merupakan figura seorang pemimpin sirkus.
2.MELANKOLIS, SI SEMPURNA
Berfalsafah dan puitis, serius dan tekun, analitis, mendalam dan seorang pemikir, menghargai keindahan, peka terhadap perasaan orang lain, idealis dan suka berkorban. Dalam pekerjaan, orang melankolis berorientasi pada jadual, seorang yang mementingkan kesempurnaan, punya piawaian yang tinggi dan rinci, tertib dan tersusun, perlu menyelesaikan apa yang dimulai. Sebagai seorang teman, melankolis adalah orang yang setia, sedia mendengar keluhan, hati-hati dalam berteman, sangat memperhatikan orang lain, terharu oleh air mata penuh belas kasihan. Pencari teman hidup ideal.
3.KOLERIS, SI KUAT
Berbakat pemimpin, dinamik dan aktif, berkemahuan kuat dan tegas, tidak emosional bertindak, tidak mudah patah semangat, memancarkan keyakinan, bebas dan berdikari. Dalam pekerjaan berorientasi matlamat, melihat seluruh gambaran, tersusun dengan baik, mencari pemecahan praktis, bergerak cepat untuk bertindak, mendelegasikan pekerjaan, menekankan pada hasil, berkembang kerana saingan. Orang koleris tidak terlalu memerlukan teman, mahu bekerja untuk kegiatan, mahu memimpin dan mengorganisasi, biasanya selalu benar, unggul dalam keadaan darurat.
4.PHLEGMATIS, SI DAMAI
Rendah hati, mudah bergaul dan santai, tenang, sabar, konsisten, simpati dan baik hati. Menyembunyikan emosi, bahagia menerima kehidupan. Dalam pekerjaan, punya kemampuan administratif, menjadi penegah masalah, menghindari konfl ik, baik di bawah tekanan, menemukan cara yang mudah, mudah diajak bergaul, menyenangkan, pendengar yang baik, selera jenaka yang menggigit, suka mengawasi orang, mempunyai banyak teman, punya belas kasihan dan perhatian.
Amacam, korang yang mana?? Kedai gula-gula terbesar di dunia
Bismillahirrahmanirrahim..
Hye kepada semua blogger :) .
Tadi sy ada baca artikel tentang kedai cekelat terbesar di dunia! . Kedai tu dinamakan 'Candylicious' yang bertempat di Dubai (pusat beli belah terbesar) dan mempunyai keluasan 10,000 kaki persegi *ternganga*
Candylicious
My teeth are rotting just looking at this
Comel jee
Lolipop tree
Besar kan?
Flood around !
Hye , Assalam.. Waterpark percuma ada dekat rumah saya korang nak join? Takde ah , main2 je . Ok , sebenarnya rumah saya da dilanda banjir . Not my house only. oh no ! flood around . Tak boleh pergi mana2 pun duk terperap je dalam rumah . Air banjir dia lebih kurang paras peha *je* . i guess ? Best memang la best boleh main air, tapi agak menyusahkan . Yela sebab nak kena angkat barang2 . Pada malam tu, air semakin meningkat and masa tu nak pergi alih kereta so terpaksa lah redah air yang agak kotor tu and macam2 benda la yang ada kat dalam tu especially lintah, pacat, ular... . Memang pengalaman paling berharga dalam hidup . Jadi, apa boleh buat? semua ni ujian Allah kepada kita semua.. kita hanya mampu berdoa kepada Maha ESA . Dekat bawah ada gambar nak share kt korang..
Selipar sape entah ?
See? flood around.
Segmen Blogwalking Akhir Tahun 2012
Bismillahirrahmanirrahim..
Was joined this segment !
nak join ? [picit sini]
Sekolah memang best !
Hai and Assalam^^ . Memandangkan sekolah dah nak kembali kat kita..
Aisshh!! i mean kita dah nak kembali ke sekolah ,this night nak cerita skit...hmm.., pasal SEKOLAH, Memang la pasal sekolah, kan dah tulis title kt atas tuh, *hihik*. Korang pernah tak rasa, bila hari sekolah ada je rasa macam nak ponteng tapi bila hari cuti rasa macam nak PERGI SEKOLAH !!! penah tak?? . actually bila terfikir balik duduk rumah bosan sangat. Sebenarnya sekolah tu memang best tapi bila korang fikir tak best memang rasa macam bosan je . Sebab apa saya cakap best?? sebab kita boleh mengeratkan silaturrahim and what the most important is sebab sekolah tu lah yang akan mengajar kita erti kejayaan.. N lastly kita boleh
Okeyh!! pasca PMR dah bermula ! time nie ktorang buat sandwich
*Yang ni bukan group saya punya* . Creative kan diaorang?? comel je tengok hehe ;D
Lepas tu ktorang buat banner for
*byk lagi aktiviti pasca tu*
(budjet habess! VIP la sgt . hihi)
Aina and Me! kawan karib. Time ni aku pegi lawatan, lepas PMR n mase tu singgah noor arfa craft n butik, pastu berhampiran dengan parkir kereta tu nampak tulisan VIP pastu datang idea nak snap , then kita pun snap je la!!
So, jom bina azam baru untuk menjadi yang lebih baik dari yang terbaik. InshaAllah . Kita datang sekolah dengan harapan, pulang dengan kejayaan ! Bila kita dah berjaya nanti mesti kita akan rindukan zaman persekolahan kita , jadi guna la masa di sekolah sebaik-baik mungkin . ok ! see you soon . Rindu sekolah saya la ! korang rindu tak?
Gambaran Hari Kiamat
Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum semua . Sekarang da pukul 3:13 AM , tak tahu la sape yang tengah mengarang ni. NO! main2 je , im still tak boleh tido . Sy pun blogwalking la sekejap *lama sebenanya* huhu . Lepas banyak terjah blog orang , terjumpa la satu article ni . So, sy nak share la kat korang semua . Panjang la jugak, panjang sebenanya, eh,, takla panjang skit je . *!@#$% Cakap pasal kiamat, dah tak fikir menda lain da, putus cinta ke? , putus kawan ke? putus pape jela,, mesti fikir sal dosa ngan pahala je kan and ramai jugak yg buad andaian 2012 hari kiamat , padahal hanya Allah sahaja yg tahu .
GAMBARAN HARI KIAMAT
- Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya
seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali
Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut
nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.
- Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya
“Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?” Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia
sendiri menjawab dengan keagunganNya “Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha
Perkasa.” Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha
Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.
- Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan,
seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup
semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang
rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.
- Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut
“Ajbuz Zanbi” yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia
umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih.
- Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang
dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat
takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.
- Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti
guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar.
Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan
kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak
dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap
manusia sibuk memikirkan nasib mereka.
- Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan
dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah
huru-hara yang amat dahsyat.
- Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang
dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh
makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.
- Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang
berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas
kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik
dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai
menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga
peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada
amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.
- Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama
Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin
sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika
diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat
tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari
kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia
mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.
- Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik
kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:
ⅰ- Pemimpin yang adil
ii - Orang muda yang taat kepada perintah Allah.
ⅲ- Lelaki yang terikat hatinya dengan
masjid.
ⅳ- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan
berpisah kerana Allah.
ⅴ- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina,
tetapi dia menolak dengan berkata “Aku takut pada Allah”.
ⅵ- Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi
(tidak diketahui orang ramai).
ⅶ- Lelaki yang suka bersendirian
mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.
- Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar,
semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian
mereka terdengar suara “pergilah berjumpa dengan para Nabi”. Maka mereka pun
pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan
Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga
ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya
berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s.
(semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa
Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun
perjalanan.
- Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah
SWT. Lalu diperkenankan doa baginda.
- Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat
hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu
terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 orang malaikat yang
sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih
dengan suara yang amat kuat sehingga ‘Arasy itu tiba dibumi.
- ‘Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah
(bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4
orang malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang
mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia
dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.
-Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy
yang dipikul oleh 4 orang malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil
dari ‘Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama
singgahsana yang terletak dihadapan istana.
- Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu
dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing
turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah
ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh
malaikat Hafazhah / Raqib & Atid / Kiraman Katibin.
- Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing-
masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim.
Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.
- Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad
SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang
pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.
-Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat
akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan
tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.
- Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu
Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah
dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk
menimbang dosa.
- Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para imam
4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.
- Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan
Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap
akan ditimbang.
- Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan
berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan.
Semua akan di adili oleh Allah Ta’ala dengan Maha Bijaksana.
- Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada
orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara
sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian
sirat.
- Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat:
ⅰ- Meringankan penderitaan makhluk di
Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.
ⅱ- Memasukkan manusia ke dalam syurga
tanpa hisab.
ⅲ- Mengeluarkan manusia yang
mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.
(Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.)
-Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan
izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini
berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang
yang lain.
-Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju
syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang
terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut
yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia
akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.
-Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa
15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada
makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang
korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api
neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.
-Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi
setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang
sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.
Rujukan : Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin
Muhammad Al- Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.
Kalau kalian nak mengumpul saham akhirat,
sampaikanlah ilmu ini kepada sahabat² yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah
SAW: ❝ Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat. ❞
Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara
yang akan dibawanya bersama:
①
Sedekah/amal jariahnya.
②
Doa anak²nya yang soleh.
③ Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.Tepuk hati tanya imanKU "SEDIAKAH AKU ?" Sometimes i feel like..
Hai selamat malam semua , kenapa tak tido lagi ni? berpesbuk? bertwitter? hehe . Tetibe je ada feel nak bercompose malam ni . Pasal apa ek? tengok tajuk la . Sometimes saya rasa macam ada je kawan2 benci or bedengki kat saya . Maybe semua orang pernah rasa feeling macam ni. Dan mungkin juga ini satu lumrah. Hati aku selalu berbicara "ada tak aku sakitkan hati dia ek?" takut sangat kalau TERsalah sakitkan hati dia . Tapi apa yang perlu aku buat? just teruskan persahabatan dengan IKHLAS . Kena selalu letakkan kata2 nim dalam hati...... - Biarlah orang spread fitnah dekat kita, tapi kita jangan.. - Biarlah orang benci dekat kita, tapi kita jangan.. - Biarlah orang buat jahat dekat kita, tapi kita jangan.. - Biarlah orang kutuk hina dekat kita, tapi kita jangan.. Kita BUKANLAH BAIK, dan kita bukanlah jahat..sebab kita tahu, setiap orang baik ada sisi jahatnya dan setiap orang jahat ada sisi baiknya.. Tidak perlu membalas, ada Allah..cukuplah bagi kita.. Bye All =) Segmen pencarian blogger baru
Bismillahirahmanirrahim..
Long time , No...
Okay , Later , akan post entry baru plak Mkay,Bye :B |