f

 silent reader[s]
// Purplelicious

The Webmiss

ASSALAMUALAIKUM ..
Hello Earth-lings ! The name
given was Fatimah Husna. Just call
me Husna. Thank you for your visit.
Do follow and leave your footprint
on my cbox. Be nice here and
enjoy your stay :)

Story Me Linkies Contact

Lullaby

CLICK!


Archieves

» December 2012
» June 2013
» July 2013

Shout here !

No harshword :)Will follow back :)

The Followers

Credits

Codes:
Theme by: Lilaa
Editor: Husna

Sinopsis Novel : Kampung Girl - Umi Kalsom
Bismillahirrahmanirrahim...

Korang penah dengar tak novel kampung girl? . Malam ni husna nak buat review novel ni. Novel ni memang best. Ni pun salah satu daripada cerita kahwin dengan sepupu. Sebenarnya aku tak suka sangat kisah kawin ngan spupu ni sebab aku ngan spupu macam adik-bradik. Takbleh nk feel sgtla. *ape kaitannya*. Cite die cam ni, si Ainnur ni budak kampung yang blajaq oversea tapi dia tak bgithu Ash yang dia ni bdak bjak. Si Ash ni plak seorang yang sombong , bongkak , selalu je hina Ainnur. Tapi Ainnur ni penyabar je dengan hinaan Ash. Perkahwinan diorang diaturkan oleh keluarga. Ainnur memang suka dekat Ash dari dulu lagi, Ash? dia tu benci sangat dengan si Kampung Girl tu. Banyak nk diceritakan nih.. tgk la sinopsis die .

Sinopsis belakang novel.

PERKAHWINAN diaturkan oleh keluarga? Ashraf langsung tidak menyangka! Lebih memeningkan kepala, apabila dia mengetahui nama calon yang disebutkan oleh mummynya, Puan Mazlin. Ainnur! Si budak kampung itu?! Tidak mungkin.
"Orang tak nak kahwin dengan budak kampung tu… mummy jangan paksa Ash!" - Ashraf Khairi.
"Ain akan kahwin dengan abang Ash!" -Ainnur.
Dan jawapan itu cukup untuk membuatkan Ashraf kehilangan kata.
Bergaduh mulut? Itu merupakan perkara biasa bagi Ashraf jika Ainnur ada di depan mata. Pasti ada sahaja perkara yang hendak diperbalahkan.
"Dekat kampung kau tu dah pupus populasi lelaki ke sampai kau kena ke bandar nak cari calon suami?" -Ashraf Khairi.
Dan nada yang sinis itu cukup untuk membuatkan Ainnur naik darah.
Benarlah kata orang, kerana pulut santan binasa… kerana mulut? Jerat terkena diri pemangsa. Rancangan untuk menolak diri Ainnur merupakan titik tolak yang ‘menjahanamkan’ diri Ashraf.
"Ash nak ajak dia beli cincin tunang." -Ashraf Khairi.
Lain yang dirancang, lain pula jadinya. Pertunangan yang diaturkan merupakan titik yang mengikat diri Ashraf dan Ainnur. Tapi siapa sangka, tarikh pernikahan yang semakin hampir mencemaskan Ainnur dek kerana ada ‘rahsia’ yang disimpan kemas daripada pengetahuan Ashraf. Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga. Itulah keadaan Ainnur di saat terpaksa menghadapi kemarahan Ashraf yang sememangnya sentiasa suka memarahi dirinya.
"And what have you been thinking, doing such thing to me? Nak bagi aku nampak macam orang bodoh…" - Ashraf Khairi.
Kelu lidah Ainnur tidak mampu hendak menjawab. Terkantoi Ainnur dengan helahnya. Kesudahannya… Adakah Ashraf makin membenci? Adakah Ainnur menjauhkan diri? Tidak akan bertemukah dua hati ini? Akan wujudkah satu saat itu, di mana lelaki bandar ini jatuh hati dengan kampung girl yang dibenci?

Best kan sinopsis die. Kalau korang nak tahu ending die jangan lupa beli ! *promoter la plak* . Nanti Akim dengan Nad Zainal akan belakon  lam cite ni. Yang penting... novel ni Happy Ending ! Ash + Ainnur Forever n ever...


Older Post | Newer Post